Monday 10 October 2011

0 Siri 3 - Vietnam

Antara tempat wajib lawat kalau ke Vietnam ialah Chu Chi Tunnel. Merupakan satu komplek terowong bawah tanah yang menjadi tempat askar Vietcong dalam mengekang kemaraan tentera US masa perang Vietnam. Menggunakan taktik perang gerila amat memeningkan tentera US kerana keadaan muka bumi yang asing bagi  mereka. Komplek yang lengkap dgn segala kemudahan yang diingini termasuk dewan mesyuarat, dapur, stor senjata juga sistem pengudaraan malah dikatakan menjangkau hampir ratusan kilometer. Kerana tidak mampu berperang secara berdepan tentera US menggunakan taktik kotor dgn menggunakan Agent Orange yang pada asalnya digunakan secara meluas dalam pertanian untuk meracun pokok-pokok hutan sekaligus menyebabkan pencemaran sumber air semulajadi.
Agak jauh..budak2 ni bangkit dari tidur sambil "mamai" lagi
Untuk sampai kesana terpaksa melalui terowong utama yang menghubungkan jalan utama dan  kawasan komplek Chu Chi.




Jerangkap samar
Ranjau sudah menunggu


Pinggang aku yang ramping nie pun muat2 je

Penyamaran terbaik

Sudah hampir terkambus

Disini ada pelbagi koleksi jerangkap samar dan ditunjukkan bagaimana tentera Vietcong hidup dalam keadaan yang mendesak untuk mempertahankan tanahair mereka dari dijajah. Kebanyakan mereka tergolong dari golongan petani dan terowong ini dikorek menggunakan peralatan yang cukup asas.





Pelbagai saiz kasut tentera Vietcong. Direka khas untuk mengelirukan tentera musuh.


Komplek terowong ini masih dikawal rapi hanya sebahagian sahaja yang masih dimasuki. Aku tak tahu samada masih lagi rahsia yang tersimpan atau kerana struktur terowong yang sudah runtuh. 

Asalnya terowong ni lebih kecil tapi dibesarkan sedikit untuk keselesaan pelancong.

Pintu keluar

Pintu masuk

Kawah bom

Masih disimpan lagi.


Dewan
 Kalau nak merasa menembak AK47,M16 dan beberapa lagi aku pun tak tahu. Boleh la mencuba, convert ke RM lebih kurang RM 50 untuk 10 butir. Ikut hati memang nak cuba sume tapi tak boleh tahan je poket nie. Dari jauh memang boleh dgr tambah lagi kalau mesingan M60, rasa nak luruh jantung.





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday 9 October 2011

0 Back Dated Entry: Aidilfitri 2011

Tema untuk yang tua kelabu, muda pulak biru.
Memang dah terlambat tapi lebih baik dari langsung tak de. Warna-warna Hari Raya 2011.
Tahun pertama beraya.

Pergi beraya di rumah Mummy dapat pulak main Ipad kejap.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...