Saturday 24 September 2011

0 Siri 2 - Vietnam

Hari kedua di Vietnam sememangnye membuka lembaran baru tentang pengalaman yg tak dapat diperolehi dimana-mana melainkan kite sendiri melaluinye. Lepas sarapan dalam bilik je bersama dgn roti walaupun telah diyakinkan oleh tourist guide tahap keHALALnya tapi aku lebih suka mengambil langkah berhati-hati untuk lebih keyakinan. Pengalaman di Chiangmai, 2010 sudah cukup mengajar aku betapa lebih baik kita membawa makanan sendiri daripada sarapan pagi hotel. Masa aku ke Jepun dulu pun aku bawa bekal serunding begitu juga masa aku ke Beijing,China. Melainkan kalau dah dibawa ke restoran Muslim baru la keraguan tu hilang dgn sendirinya. Perjalanan pagi tue dijadualkan bermula seawal  7.30 pagi kerana kami akan dibawa ke Cu Chi Tunnel. Terpaksa keluar awal untuk mengelak tersangkut dalam kesesakan pagi. dan tempoh perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam.
"Keserabutan" yang kurang dahsyat berbanding apa yg aku lihat di Beijing.

Motosikal pengangkutan utama di sini.
Jangkaan aku meleset apabila kami tersangkut dalam kesesakan jalan di HCMC nie. Melancong dalam group besar nie biasa la ada macam kerenah...yang lambat tue adat la.Aku kongsikan warna-warna kehidupan masyarakat Vietnam dalam kesesakan pagi.









Terlalu lama menggu dalam bas dan takde keje lain Fath le jadi model aku.  Dia pun pandai pulak melayan.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 Catatan Perjalanan Siri 1 - Vietnam

Dah terlalu lama aku tak update blog, mungkin semangat agak luntur dek kesibukan sejak akhir-akhir nie. Baru-baru nie pun Fathullah terpaksa dimasukkan kke Hospital Pantai kerana keracunan makanan. Lab test result mengesahkan terdapat jangkitan Rotavirus menyebabkan muntah dan cirit birit berlarutan. Terpaksa la duduk 3H2M di wad menjaganya, ibunya pulak jaga Alisya.
Aku terus menambahkan koleksi perjalanan ke Vietnam bersama isteriku dan Fathullah, Alisya terpaksa ditinggalkan bersama dgn neneknya. Perjalanan bermula 7 Julai 2011 melalui penerbangan MAS MH766 pada pukul 5.50 ptg dan dijangka sampai 6.45 ptg waktu Malaysia.Ini pengalaman kedua aku dgn MAS selain KLM, China Airline, Firefly dan semestinya la dgn AirAsia. Dalam tempoh menunggu flight sempat la jugak aku belikan minyak wangi untuk isteriku. Bukan selalu ye tak.. kalau selalu tak dapat la..Dalam flight sempat la jugak Fathullah mengisi perut yang sememangnye lapar kerana terlalu lama menuggu.
 Kiteorg sampai di Tan Son Nhat International Airport,Ho Chi Minh dalam pukul 7.45 mlm waktu tempatan. Aku sempat la lena kejap dalam flight. Selesai je urusan imigresen tour guide kiteorg terus je bawa pegi makan. Seperti yang aku jangka dan informasi yg aku dapat imigresen diorg ni memang kurang mesra sket, maklumla negara bekas perang, sejarah hitam lalu agak sukar dipadamkam. Perasaan curiga pada org luar masih menebal dan itulah yang sepatutnye dilakukan. Sehingga ada cerita dari tourist guide,pada suatu ketika dia membawa sahabatnya yg berbangsa Eropah ke rumahnya dan suatu insiden berlaku apabila datuknye membawa pedang panjang untuk memancung kepala sahabatnya. Pada mereka mereka yg berkulit putih adalah sama tidak kira warganegara apa padahal yg menjajah mereka adalah Amerika. Tanggapan ini masih menebal pada golongan veteran perang Vietnam dan tidak pada golongan muda Vietnam yg lebih terbuka.
Ketibaan kami disambut hujan renyai-renyai


 Lepas je makan terus je check in hotel terletak di 46, Thu Khoa Huan Street, District 1, Saigon. Kedudukan agak strategik kerana berada hampir dgn tempat tarikan pelancong.
Lan Lan Hotel tempat menginap.

Sebelahnya ada hotel jugak

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...