Tuesday 28 February 2012

2 Circumcision@Berkhatan@Bersunat : Pakar Sri Manjung

Dijadikan cerita Fathullah dimasukkan ke wad lagi kerana jangkitan kuman pada saluran kencingnya menyebabkan tersumbat. Beberapa hari sebelum jadi, dia mengadu sakit masa buang air kecil. Aku tak la menyangkakan begitu serius tapi bila dah 24 jam dia tak boleh melepaskan hajatnye malam tu jugak aku bawa ke klinik. Doktor nasihat kalau sampai esok pagi dia masih cam tu juge terus kene refer ke emergency. Esok pagi aku terus ke Klinik Ling dan dia suruh aku terus pegi ke Pakar Sri Manjung (PSM). Aku tak nak bawa dia ke Hospital Seri Manjung kerana mengenangkan mimpi ngeri dilayan macam orang asing dasar apartheid mentang2 la kita dtg ni free so layanan pun macam suam2 kuku la. Tapi xde hal la kerana aku pun bukan golongan bangsawan mahupun jutawan jauh lagi hartawan yang hendak dipuja dan ditatang...golongan marhaen menumpang di bumi Allah sampai masa kita balik. Betul la tue...kalau duit banyak buat ape nak terhegeh2 ke hospital gomen, cuma aku  nak merasa nikmat kesempatan kerana pintu hospital yang tak sampai 100 meter dari rumah lagipun pembayar cukai nak la merasa barang sesen 2. Mungkin bukan rezeki...berprasangka baik. Ok ..cukup takat tu.

Sampai je PSM terus daftar dan pada masa sama aku terus call panel bgtau mintak diorg fax GL. Tak lama pas tu ibunye pun sampai...menunggu dan menunggu..kemudian nurse panggil jumpe dgn Dr Seow. Dia tanya  bila last makan dan minum..bekpes tadi la, jadi tak boleh buat immediate operation kerana berpose at least 4 jam. Nak jadi cerita dia pun ada major operation tengahari tu so kena tunggu lagi. Sebelum tu kena  X ray dulu kemudian masuk ke wad....
Dalam tak sedar hari pun menginjak petang, auntie katil sebelah yang terlebih dahulu kena masuk ke OT pun dah keluar, dgr cerita kena kanser tapi tak boleh buat kena anto ke Ipoh. Fath pada masa ni  seronok lagi tak tahu apa yang bakal dia tempuh tapi makin lama dia pun dah rasa suspen. Ibu pun pujuk la cerita itu ini...
Muka takut

Masih belum paham seronok juga le..tangan dah berbalut.
Sekali lagi aku kena sain surat "lepas tangan". 

Masuk ke OT aku pujuk Fath, layan dia bersembang dan pada masa sama dibius tak lama kemudian pengsan....Doktor mintak aku keluar dan tunggu di wad. Hampir sejam jugak menunggu kerana doktor terpaksa pam keluar air kencing dari pundi kencing masa dia pengsan kalau tak dia meronta lagi la payah.
Aku dengar Fath menangis tak hingat dan nurse pun panggil kiteorg. Dia masih dalam keadaan mamai ditambah pulak kesakitan yang makin terasa macam2 la ayat2 puitis dari mulutnye keluar. Terlalu lama menangis dia pun tertido dan dek kerana kepandaian ibunye memujuk agaknye.
Bangkit je tido Fath menuntut janji2 manis yang dimintanya sebelum nie. Bagi je le asal boleh senyap kejap.


Ubat penenang

Masa layan kartun je...makan dan tido.
 Dia paling tak suka masa makan..terasa payah sangat kalau bab makan, jenuh paksa. Ubat penenang tetap ada kat dalam tray makanan tue.

Tiap2 hari lepas bekpes doktor akan datang melawat..tanya lebih kurang tapi yang aku jadi konpius 2nd day takde bekpes tapi ye la...macam2 hal. Masa kencing paling seksa, dia masih  fobia jadi sanggup tahan  kencing sampai doktor pun jadi pelik padahal dia memang nak kencing. Hampir tengahari hari ke2 Fath dah mula kencing walaupun bermandi air mata.

"Burung" yang telah diawet

Meja katil yang berselimut ditutup untuk menutup burung..ye la takut terbang. Masih baru takut terluka pulak.
 Hari ke 3, doktor datang melawat pagi tu dan petangnya dia bagitau boleh  balik dalam selepas bil siap. Doktor mintak Fath banyakkan berjalan untuk biasakan diri dgn keadaan dia. Aku pun bawak le dia pusing2 area tu..bertegur sapa dgn nurse dan sembang lebih kurang.


Macam tau je letak lukisan ni dalam bilik wad.
 Ni la rupa muka pagi dan petang selepas doktor bagitau boleh balik. Aku pun bosan jugak dok lama2 kat sini. Sebab dah cover bawah panel jadi aku kena bayar RM 120 untuk tambahan harga bilik.

Tangan kiri atas kepala = Sakit. Tangan kanan atas kepala = hoooray balik.

Menunggu bil siap..senyum lebor.
Cerita tunggu bil nak kata lawak pun ada juga, kiteorg ingat staf hospital siapkan bil untuk kiteorg jadi tunggu la punya lama dan pada masa sama diorg pun pelik pasal apa kami di dok kat tepi kaunter tu. Padahal sebelum tu ada sorg lagi staf mintak diorg siapkan bil so boleh le kiteorg balik. Aduh...macam bese..macam2 hal. Harap atas harap tapi tak tau kat sape yang boleh diharap.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday 20 January 2012

0 Iqra : Bacalah anakku

Buku Iqra  yang bawak ke tadika lama dia dah ilang.Tanya dan tanya dan mintak dicari akhirnya dapat tau hilang. Panas je aku..ari tu masa daftar gatal sangat nak sume. Senang le simpan kat sini..bla...bla... Ibunye pesan simpan jilid 1 dah la, bila dah abis bagi pulak jilid 2 tapi jenis spesis degil...last skali lebuh gitu je.Aku pun malas nak bising2, kalau nak boleh tapi kalau aku bersuara memang pedih la nanti.Tak kira dah sape ko...kalau aku betul nasib ko le kena sembur dgn aku. Wife aku memang paham sangat la.
Ape la sangat buku Iqra, brape sen sangat la ?..ye la betul la korang cakap tu tapi bukan harga jadi persoalan nilai sentimental pada buku tu sendiri yang buat aku terkilan. Buku tu asalnya kepunyaan arwah atuk aku, hanya buku tu je yang mengingatkan aku pada arwah atuk aku..bila dia meninggal aku ambik buku tu dan simpan.Wife aku balut lawa2 dan bagi anak aku pulak. So, sendri pikir la. Buku tu juga arwah guna untuk mengajar di sekolah agama rakyat...macam mana aku tau?..sebab aku salah seorang yang belajor kat situ. Bila Fath masuk tadika Islam ni aku terpaksa beli baru bezanya yang ni dah dijilidkan sekali dari siri 1 ~ 6.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 Dari sayang buat yang tersayang

Ye....entri ditujukan khas buat pembuat kek ini untuk hari lahir aku ke...em...tua dah. Kek ini tak la secantik yang dari kedai tapi yang penting ia dibuat dengan cinta dan kasih sayang...cewah...Ape pun. Dalam kesibukan pun sempat lagi buat kek..emmm rajin betul. Thank youuuuuuu....sooooo much....buat isteriku.

Macam biasa boy sorang ni memang tak sabo dah
.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday 18 January 2012

0 Subhanallah : Indah Bumi Allah

Tempat : Di suatu lokasi di hujung minggu.

Jarang sekali dapat berjumpa dgn suasana pagi yang masih berkabus tebal sehingga memaksa pasang lampu di siang hari. Melainkan korg pegi ke kawasan yang hulu dan alam sekitarnya masih terpelihara dari tangan2 rakus manusia. Masih teringat lagi masa aku masih kecik bila buka tingkap umah kampung diwaktu pagi masih lagi diselubungi kabus...segar rasanya. Sekarang tak merasa dah.. pagi lagi dah berbahang. Mana taknye  pantang nampak hutan...tebang..pantang nampak pokok..duit. Tu belum lagi tebang pokok gadai tanah kebangsa asing...anak cucu merempat.Harga tanah naik menggila..harga rumah naik mencanak.

Bukit tu dalam proses digondolkan..lepas ni tak de lagi la view camne

Hujung minggu aku seorang je kat jalan ni.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 Alisya :Merangkak...bertatih dan akhirnya....berjalan.

Orang baru dapat kaki, tak kira apa dah main bedal je jalan ke mana dia suke. Budak memang tak pernah kenal erti putus asa..jatuh dan bangkit kembali. Naluri ingin berjaya memang dah tertanam dalam tubuh anak Adam sejak dari lahir begitu juga  semangat ingin tahu, mencuba dan terus mencuba. Cuma bila semakin meningkat dewasa bila mana kita terdedah kepada faktor luaran sedikit sebanyak semangat ini kian luntur. Ini bukan aku cakap sekadar berkongsi apa yang  aku dapat dari bijak pandai motivasi.Apa yang aku nampak dia ni memang energetik tak kira dalam apa jua keadaan..celah almari pun boleh dia nak masuk yela nak tahu kalau tak masuk tak tahu rasa camne.

Gigi yang menggigit, atasa ada lagi 2 batang
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday 17 January 2012

0 Tanggungjawab sosial : Barang lama dibuang jangan

Mengumpul dan menjual barangan yang boleh dikitar semula macam kertas dan besi dalam kuantiti kecil memang tak boleh kaya tapi bukan itu isunya..semangat cintakan alam sekitar walaupun usaha kerdil tapi murni lebih baik dari tak berusaha langsung. Sembang je lebih buat pe...siap korang teroka haram lagi ambik balak kawasan hutan simpan lagi. Kalau aku cite macam seolah2 anjing menyalak bukit tapi aku menyaksikan tiap2 hari perubahan yang berlaku..terpampang signboard hutan simpan..bila report macam ada la sket usaha nak banteras tapi balak dah kluar sume. Aku tak brape pandai tentang peruntukan undang2 perhutanan tapi setahu aku kalau ada signboard hutan simpan dara..boleh ke lagi membalak ?  Korang buat korang tanggung.
Halal ke haram ke ...

Banyak kali dah aku anto barang2 kitar semula kat sini..tak le dapat banyak tapi lebih kepada kepuasan hati.
Aku tengok sendiri dari mula kedai besi buruk ni bermula sampai le dah jadi besor nie. Jalan besor kat depan tu laluan aku boleh kata hampir setiap minggu dok asrama coz sekolah aku dekat je dgn kedai besi buruk nie. Asalnye kawasan sekeliling kebun getah dan korg boleh tgk sendiri struktur asal rumah kayu. Apa yang aku boleh katakan ketekunan ownernya walaupun stigma masyarakat seringkali mengandaikan bisnes yang tak brape menarik. Tapi korg mesti berubah fikiran kalau korg tgk sendiri kereta owner besi buruk.....????

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 Abah suka hidung tuee...

Hidung sapa la tueee....he..
Mulut tue abah punye ye..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...