Thursday 22 December 2011

0 Apa ada pada 2011 : Emergency Response Team Competiton (ERT)

Pertandingan ni diadakan untuk mencari team ke peringkat seterusnya secara keseluruhan. Dalam setiap shift memang ada requirement untuk ERT team, terutamanya untuk kebakaran. Masa ni juga aku jadi photograper secara sukarela dan join la sekali walau tak menang.

Team aku
Dah mula dah
Jalan je la buat ape kelam kabut beb.
Berjaya menembak sasaran..gambar 1
Nampak macam relax tapi bile dah pakai suit tu tambah pulak usung BA set kat belakang bawak hose lagi...sedut oksigen dari tank macam nafas kuda.

Hari ke-2 aku ambik gambar je. Tgk je le gambar aku ambik.
KENDUR
TEGANG

KUSUT
TERATUR
BERJAYA
GAGAL
SEDIA
MULA
GEMENTAR
BIASA JE
BERSEMANGAT
LESU
BERMULA
BERAKHIR
DI LARANG
MENGINTAI
NAH AMBIK
MANA
MACAM NIE
BETUI KE
GULUNG
TARIK
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 Apa ada pada 2011 : Paintball

Antara game yang aku join pada 2011, ini bukan kali pertama aku layan paintball. First time kat Bukit Tinggi, Colmar Tropicale. Mula2 memang cuak jugak nak keluar dari bunker tapi once dah merasa kena takde hal dah. Perasaan takut tu makin hilang tapi sendiri mau ingat la kalau kena 2 hari belum tentu hilang lagi.
Tak menang pun tapi layan je. Lokasi : Empire Paintball, Teluk Murok.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 Dari Simpang Pulai - Gunung Semanggol - Bukit Merah - Sg Petani - Perlis

Perjalanan yang merangkumi 4 destinasi dgn 4 tujuan, memenuhi 2 undangan perkahwinan,majlis doa selamat dan ziarah. Sahabat aku ayie melangsungkan perkahwinan di Bukit Merah dan kebetulan masa tue aku sampai awal jadi tak jumpe kawan2 lain dan pasangan mempelai. Masa tu pulak dah hujan. Ayie ni kawan aku masa di PUO dulu. Sebenarnya yang aku nak ceritakan hadiah yang aku dan wife belikan untuk dia. Sepasang kain pelikat, kain batik dan hadiah misteri...ha..cukupla aku bgtau misteri. Malam tue aku call ayie dan dia memang terkejut dan nasib baik buka dalam bilik. Ayie ni macam kawan se"penjahatan" masa kat poli dulu jadi macam2 cerita la yang ada. Kalau berlawak kasar pun takde hal. Sekarang nie dah jadi "penguatkuasa undang".

Buat Insp Ayie dan Mel : Selamat Pengantin Baru.
Aku kecewa jugak tak  dapat jumpe kawan2 se"penjahatan" yang lain. Yun @Younismo tak dapat datang, Zalie adiknye melangsungkan perkahwinan. Yang bestnya ayie bgtau Fahmi @Kuda Hitam datang pulak dari Ipoh. Padahal selama hari nie tak dgr cite langsung.

Pembalut hadiah pun cari kat Pekan Semanggol.
Malam tue tido homestay kat Bukit Merah. Sewa yang berpatutan dan sesuai la dgn keadaan. Pagi esoknye ingat nak bawak budak2 ni ke pulau orang utan tapi mengenangkan orang ramai terus batalkan niat. Tak sanggup nak tunggu lama, Alisya pulak dah tido.


Cadangan awal dalam perjalanan ke Perlis nak singgah ke Sungai Petani semata2 nak cari Radix Fried Chicken. Tempatnye aku tak tahu dan jenuh jugak la nak mencarinya. Kiteorg ikut exit Sungai Petani Selatan kalau nak mudah lagi ikut exit utara, menghala ke Sungai Petani kedainye disebelah kanan.
Gambar ayam takde, dah makan baru teringat.
Sampai perlis pun dah lewat hampir maghrib, kat sana aku tempah homestay jugak. Puas hati sesangat dgn kadar sewa berbanding rumah yang kiteorg duduk. Luas dan lengkap. Esok pagi pergi pulak melawat pakcik wife aku kini sakit terlantar kat rumah. Buat Pakcik Man moga cepat sembuh dan banyakkan bersabar dgn ujian dari Allah SWT.
Rumah dalam Bandar Kangar.
Abangnye suke dok "rumah hotel" adiknye pun sama.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday 20 December 2011

0 Harga dah naik

Lebih kurang 2 bulan lepas aku beli baja nie harganya RM92 tapi hari ni dah RM97 tapi apek kedai tu masih bagi aku harga yang sama. Ada yang lagi murah RM80 lebih pun ada tapi aku nak gred yang baik sket dgn harapan hasilnye pun baik. Insyaallah. Nak murah lagi letak najis ayam sekampit baru brape ringgit tapi kena tahan hidung la n hasilnye pun slow la sket. Kalau untuk jangka masa panjang sekadar follow up boleh la. Durian nak abis musim dah tinggal brape biji je lagi kat pokok.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 Masih no 5 dari 25.

Report card Fathullah ni dah dapat lama dan cikgunya mintak bawak balik dan lepas tu serahkan balik. Mulai tahun depan Fath kiteorg nak hantar ke taska lain pulak. Ibunya dah pergi survey mungkin SAR Al-Abrar di Telok Murok jadi pilihan. Bukan ape dizaman serba mencabar ni hanya agama saja yang dapat menyelamatkan akidah dan moral umat Islam.Moga anakku jadi hamba Allah yang soleh dan solehah.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 Entri 2 : Berakit Sg Perak.

Malam tadi janji paling lewat bertolak pukul 7.30 pg ke Empangan Kenering tapi biasa la janji ni susah nak cakap..pukul 9 baru bertolak.

Masa diberi 1 1/2 jam untuk menyiapkan rakit dan sebelum tu faktor-faktor keselamatan diberikan penerangan terlebih dahulu. Kalau membabitkan aktiviti  sukan air selalunya ada 1 slot dipanggil "Water Confident" dimana peserta diberi penerangan tindakan yang perlu dilakukan bila jatuh ke dalam air. Masa di Jeram Besu, kiteorg dikehendaki menterbalikkan bot getah dan cuba keluar masa terperangkap di bawah bot dan seorang demi seorang dikehendaki terjun ke arus deras dan berenang ke tepi mencapai lifeline. Masa ni diberitahu apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang memang expert dalam sukan air ni. Kali ni ada wakil dari Bomba dan Penyelamat Ipoh bersama beberapa orang tempatan yang mahir tentang sungai nie.Fobia tu masih ada tapi kalau tak buat jadi apa2 lagi la panik. Sebelum berlepas setiap team diberikan satu set soalan berkaitan alam sekitar dan perlu diserahkan selepas pertandingan yang membawa markah sebanyak 50%.




Bermula di Empangan Kenering dan berakhir di Lembah Lenggong.

Spesifikasi :
Nama komersial : Rakit
Bahan : 6 tiub tayar dan 8 batang buluh.
Kelajuan : Bergantung pada tangan.
Crew : 7 orang ( ada 2 orang berat dekat 90KG)
Pengalaman : Tak dok.
Rekod Pencapaian : Kali pertama.
Jarak Perjalanan : 10 KM
Harapan : Tak harap ape pun sendiri mau ingat la

Awal perjalanan memang tenang sambil menikmati keindahan Sg Perak. Cuaca hari tu memang cantik tapi cuaca cantik sungai ni tak semestinya tenang. Cabaran pun bermula.......
1. Melalui jeram yang pertama dimana paras sungai semakin cetek dah mula menampakkan batu2. Kali pertama rakit merempuh jeram aku tak sedar salah seorg team member dah terhumban ke dalam air, nampak kepala je. Kelam kabut suruh dia naik takut kaki tersangkut pada batu.
2. Melepasi 2 buah jambatan cukup mengujakan...nampak macam bese je tapi ada team yang rempuh tiang jambatan beb, terus rakit ranap siap hanyut lagi....bila macam terus disqualified la. Dalam hati :Nyesal aku join.
3. Jeram memang banyak dan ada sekali tu rakit tersangkut dan yang buat panik ada tiub yang pecah dan arus deras sambil menarik  struktur rakit. Bunyi berderak-derak buluh tu. 
4. Melalui air pusar, asalnya ingat rakit tersangkut pada dahan,jenuh dayung langsung tak bergerak sambil team lain selamba je potong kiteorg tanpa dayung pulak tu.
5. Terlepas check point tapi  berusaha untu ke tebing. Check point tu je kalau terlepas burn 30% markah.  Masa lepak kat tebing sempat tukar tiub yang bocor tadi, dalam tak sedar 2 tiub lagi bocor. Rupanya ada dahan kayu dalam air. Sambung perjalanan rakit dah jadi kapal selam, paras pinggang dah tenggelam.
6. Terpaksa menarik rakit di jeram yang cetek masa hampir sampai dan dalam kelam kabut tu, tak sedar 2 pendayung hanyut. Kiteorg pakat2 turun dari rakit masa paras sungai makin dalam dan masing jadi propellerman.
7. Sepanjang perjalanan ada beberapa buah pulau terpaksa dilepasi dan masa ni kena buat buat keputusan untuk pilih jeram atau laluan biasa. Biasanya kena pilih jeram kerana laluan biasa merupakan cabang sungai yang membawa ke haluan lain. Kalau silap memang tak sampai ke kem atau terus lepas ke Tasik Raban.

Akhirnya kiteorg berjaya tamatkan perlumbaan walaupun keadaan rakit dah nazak sangat. Korg tgk sendiri la keadaannya.
10KM yang dirasakan terlalu lama.
Sembang dan gelak mengenang cabaran yang ditempuh.

Sampai je terus ke kantin untuk isi perut. Sesi petang ada penyampaian hadiah dan majlis penutup oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, Dato Dr. Mah Hang Soon. Satu demi satu keputusan pertandingan pertandingan diumumkan sampai la untuk Juara Berakit Rakan Sekitar 2011 bila team kiteorg dinobatkan sebagai juara mengalahkan 15 pasukan lain. Beza markah dengan naib juara hanya 2 markah. 
Juara tahun lepas 2010 - Yokohama cukup tertekan mempertahankan kejuaraan.

Kiteorg menggondol piala, sijil dan hadiah utama berupa wang berjumlah RM1000. Syukur alhamdulillah dan banyak pengajaran yang aku dapat dari aktiviti ni. Betapa kerdilnya kita bila berada di lembangan Sg Perak yang luas ni apatah lagi disisi Allah SWT. 

Insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi untuk cabaran yang lebih hebat. Suatu yang tiada amat sukar untuk diadakan tapi suatu yang sudah ada lebih sukar untuk dipertahankan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday 19 December 2011

0 Berakit di Sungai Perak

Berakit di Sungai Perak ni merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Perak untuk memupuk semangat cintakan alam semulajadi. Pengalaman kedua aku dgn aktiviti berakit di sungai, kali pertama masa di Jeram Besu beberapa tahun dahulu. Pagi jumaat kiteorg bertolak dari rumah ke Lenggong, singgah solat jumaat di Changkat Jering lepas tu pekene lunch sebelum sampai di Lenggong. Sume bertujuh dgn 2 buah kereta. Samapi je sana tgk macam xde orang rupanya kiteorg antara paling awal sampai. Kem Nur terletak di Lembah Lenggong dalam kebun kelapa sawit.
Selepas pendaftaran ada sedikit taklimat dan penyerahan topi dan vest. Lepas masuk terus masuk dorm masing2 . Becerita pasal dorm ni dah lama sangat aku tak meninggalkan zaman hidup dalam dorm ni...teringat kembali masa dok asrama dulu2...katil double decker..sidai kain merata. Paling best kat sini bilik mandinye hanya ada partition je, yang tak tahan ada yang selamba mandi tanpa seurat benang macam takde ape2...ah..aku takde le.
Panjat bukit untuk ke dorm





Petang tu berlangsung aktiviti pertama, flying fox menyeberangi Sg Perak. Memang aku tgk ada yang takut2 tapi kalau tak cuba bile lagi nak merasa. Terus capai body harness dan zassss....
Rasa macam nak buat lagi tapi ramai sangat orang.


Max 5 orang je



Macam2 style ada, mamat cekang ni sebelah tangan je.

Terletak di sebelah Sg Perak,.
Awal masa sampai paras sungai masih cetek tapi lama kelamaan paras sungai semakin dalam mungkin pintu Empangan Kenering dah dibuka kerana musim hujan.
Malam ada taklimat untuk sesi berakit esok, pelbagai soalan yang diajukan tambahan pulak kiteorg masuk first time so consider underdog team. Berlangsung juga penyerahan t-shirt dan pendaftaran Rakan Alam Sekitar. Pelbagai acara tahunan anjuran JAS antaranya Cari Harta Karun, Larian Ozon, Cabaran 4WD dan mendaki gunung.
Selesai je kiteorg buat aktiviti sendiri la, sebenarnya dayung tak siap lagi jadi waktu malam je la yang boleh buat. Tools sume dah bawa dari rumah dan team member kiteorg pulak memang ada yang expert pasal buat bot dan pendayung guna gentian fiber.
Paddle ada 7, rudder 1
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...