Monday 19 December 2011

0 Berakit di Sungai Perak

Berakit di Sungai Perak ni merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Perak untuk memupuk semangat cintakan alam semulajadi. Pengalaman kedua aku dgn aktiviti berakit di sungai, kali pertama masa di Jeram Besu beberapa tahun dahulu. Pagi jumaat kiteorg bertolak dari rumah ke Lenggong, singgah solat jumaat di Changkat Jering lepas tu pekene lunch sebelum sampai di Lenggong. Sume bertujuh dgn 2 buah kereta. Samapi je sana tgk macam xde orang rupanya kiteorg antara paling awal sampai. Kem Nur terletak di Lembah Lenggong dalam kebun kelapa sawit.
Selepas pendaftaran ada sedikit taklimat dan penyerahan topi dan vest. Lepas masuk terus masuk dorm masing2 . Becerita pasal dorm ni dah lama sangat aku tak meninggalkan zaman hidup dalam dorm ni...teringat kembali masa dok asrama dulu2...katil double decker..sidai kain merata. Paling best kat sini bilik mandinye hanya ada partition je, yang tak tahan ada yang selamba mandi tanpa seurat benang macam takde ape2...ah..aku takde le.
Panjat bukit untuk ke dorm





Petang tu berlangsung aktiviti pertama, flying fox menyeberangi Sg Perak. Memang aku tgk ada yang takut2 tapi kalau tak cuba bile lagi nak merasa. Terus capai body harness dan zassss....
Rasa macam nak buat lagi tapi ramai sangat orang.


Max 5 orang je



Macam2 style ada, mamat cekang ni sebelah tangan je.

Terletak di sebelah Sg Perak,.
Awal masa sampai paras sungai masih cetek tapi lama kelamaan paras sungai semakin dalam mungkin pintu Empangan Kenering dah dibuka kerana musim hujan.
Malam ada taklimat untuk sesi berakit esok, pelbagai soalan yang diajukan tambahan pulak kiteorg masuk first time so consider underdog team. Berlangsung juga penyerahan t-shirt dan pendaftaran Rakan Alam Sekitar. Pelbagai acara tahunan anjuran JAS antaranya Cari Harta Karun, Larian Ozon, Cabaran 4WD dan mendaki gunung.
Selesai je kiteorg buat aktiviti sendiri la, sebenarnya dayung tak siap lagi jadi waktu malam je la yang boleh buat. Tools sume dah bawa dari rumah dan team member kiteorg pulak memang ada yang expert pasal buat bot dan pendayung guna gentian fiber.
Paddle ada 7, rudder 1
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...