Thursday 24 November 2011

0 Siri 3 : Pullman Putrajaya Hotel & Resort _Terbaek

Hari  Ke-2,
Dari pagi sampai petang bersama dgn Dr Hj Tengku Asmadi bin T. Mohamad, PhD. Hari tu beliau lambat sikit kerana ada program di RTM katanya. Seorang yang bercita-cita besar dan amat  berpengalaman  dalam bidang motivasi. Berlatar belakang pendidikan dari bidang kejuruteraan dan seterusnya beralih ke bidang perunding motivasi.
"The Difference is The Experience"

Merupakan motto kejayaan beliau dalam menerokai bidang yang amat diminatinya. Sering memperkatakan tentang konsep "The Law of Attraction" yang menjadi titik tolak dalam kejayaan beliau. Minda kita berfikir apa yang kita mahu dan secara tak langsung kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Kita akan tarik apa yang kita mahu tetapi kita tarik apa yang kita beri tumpuan. Lawati laman web beliau :www.tengkuasmadi.com


Peserta yang hadir

Sahabat2 aku ni dah berjanji nak berubah..walau 1%, dan sama2 la kita ingat mengingati

Apepun terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan ni. Kalau ada jemput la lagi...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 Siri 2 : Pullman Putrajaya Hotel & Resort _Terbaek

Nie pulak gambar dr balkoni bilik aku dan juga bilik air. Yang spesel pasal bilik air nie ada small window tepi tab mandi boleh buka masa korg berendam tapi yang tak best mesti ayor merocik satu bilik kalau pakai shower.Aku ada cakapkan kat hotel nie ada pantai buatan , waktu tu pulak ada grup tengah berlatih mendayung. Melintas pantai tu diseberang tasik ada Komplek Sukan Air Putrajaya.



 Belakang tu ada conference room dan diatas ada cafe terletak di Bunga Tanjung wing.


 Pemandangan waktu malam, bangunan macam pejabat pos tu la main building. Dalam tu ada lobby hotel, cafe dan pool area. Parking lot pulak underground betul-betul tepi tower clock tu ada tangga menghala ke bawah dan disitu juga ada surau.


Banyak benda yg aku belajo dari kursus ni, betapa bertuahnya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW dan lahir sebagai seorang Islam amnya. Dalam kita mengeluh dan meratap atas segala ketentuan buruk yang sering kita tidak ingini masih ada lagi sebilangan manusia yang kurang bernasib baik di luar sana. Kadang-kadang apa kita pikirkan baik untuk kita sebenarnya buruk untuk kita kerana Allah SWT itu lebih mengetahui yang terbaik untuk hambaNya. Sebagai hambaNya kita mesti sentiasa bersyukur dan redho dgn apa yg kita ada dan pada masa yg sama berusaha untuk menjadi lebih baik ataupun lebih tepat lagi Qanaah kerana :


 "Barangsiapa yang tidak bersyukur sesama manusia, sebenarnya dia tidak tahu bersyukur kepada Tuhan"
HR :Tirmidzi
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambahkan nikmatku atas kamu dan jika kamu kufur azabku amat pedih "
Surah Ibrahim :7
.
Sebenarnya kita lebih berprasangka buruk dgn manusia mahupun Allah SWT kerana kita selalu melihat sesuatu itu dari perspektif yang berbeza kerana mata manusia itu sendiri dicipta untuk melihat secara fizikal tanpa berfikir dan merenung apa yang ada dalam diri kita sendiri. 75-80% pemikiran manusia adalah dalam bentuk yang negatif.  Aku petik kata-kata cendekiawan Barat :

 "Orang yang berfikiran negatif, 10 kali ganda lebih peluang untuk mendapat sakit berbanding orang yang berfikiran positif"
Prof. B. Siegel
"Penyakit adalah makhluk yang perlukan makanan, Makanan kepada penyakit adalah pemikiran yang negatif"
Ulama Sufi.
Manusia itu sendiri terbahagi kepada 3 kategori:

Orang yang berjaya, hari ini lebih baik dari semalam.
Orang yang terpedaya, hari ini sama seperti semalam.
Orang yang celaka, hari ini lebih buruk dari semalam.

Sama-samalah kita bermuhasabah dan renung-renungkan. Apa yang kita cari di dunia ini ? Redho Allah SWT atau sekadar menyemak dimuka bumi ini tanpa memberi  manfaat kepada umat manusia sejagat. Untuk berjaya di dunia kita perlu ilmu, untuk berjaya di akhirat kita juga perlu ilmu dan untuk berjaya didunia juga akhirat mesti dgn ilmu. Kerna itu apa jua pekerjaan yang kita lakukan perlu dgn kesungguhan kerana :

" Sesungguhnya Tuhan sangat mengasihani seseorang yang apabila dia melakukan pekerjaannya, dia melakukan dgn cara yang paling baik"
Riwayat Thabrani.

Untuk mendapat pahala bukan sekadar solat, puasa, zakat dan sebagainya Islam itu luas hatta apa jua pekerjaan yang mulia dilakukan atas niat kerana Allah SWT akan diberikan ganjaran pahala. Siapa kita tidak penting yang penting status hati dan amalan kita adalah yang penting. Seperti sabda Nabi SAW :

" Didalam tubuh manusia itu adalah seketul daging jika baik daging itu maka baiklah keseluruhannya, jika buruk daging itu maka buruklah keseluruhannya, ketahuilah seketul daging itu adalah hati"
Analogi penyampaian yang mudah dan tak kering gusi.


Motivator yang tak perlu diperkenalkan lagi.

Tagline yang biasa kita dgr " Hati yang tenang datang dari jiwa yannnnngggg bersih"

Antara peserta yang hadir.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday 23 November 2011

1 Pullman Putrajaya Hotel & Resort _Terbaek

Aku berpeluang ke Pullman Putrajaya baru-baru ni sebab ada kursus di sana. Selama pengalaman aku tinggal di hotel dari xde bintang ke berbintang-bintang nie la hotel terbaek yg aku pernah rasa. Aku list out hotel yang pernah aku jejak atas dasar rezeki dan ketentuan dari Allah..kalau aku sendiri tak mampu la beb.
1. Concorde Hotel, Shah Alam...view Masjid Shah Alam.
2. De Palma Hotel Ampang.
3. Nikko Hotel, KL...makan dan bilik terbaik
4. Berjaya Time Square Hotel, KL...gila besor bilik dan view Penjara Pudu.
5. Melia Hotel, Kl..bese je
6. Emperor Hotel & Resort, Chiangmai..menarik la jugak
7. Grand Dorset Hotel Subang...ok la
8. Rainbow Hotel, Beijing...hotel lama
9. Pan Pacific Hotel. KL...boleh la
10 . The Royal Palace Hotel, Phuket...aku bawa durian ke bilik..ha...
11. Yokohama Bay Sheraton Hotel, Jepun...tak payah cakap la terbaik.
12. Equatorial Hotel & Resort Cameron Highland...boh plantation view
13. Bukit Merah Laketown Resort.
14. Sunway Hotel, Bandar Sunway... decoration menarik
15. The Royale Bintang Hotel, Bukit Bintang,KL
16. The Sky Hotel, Bukit Bintang,
17. The Cube Hotel,KL...bajet ciput
18. Le Meridian KL..view ke KL Sentral
19. The Garden Hotel, Midvalley KL...view memberangsangkan
20. Cititel Hotel, Midvalley KL...aku dapat bilik kecik.
21. Holiday Villa Hotel & Resort Cherating dan Subang...duduk sampai muntah hampir sebulan.
22. Istana Hotel, KL..besor juga la.
23. Grand Season Hotel, ..servis paling lembap
24 . Hotel Seri Malaysia Melaka.
25. Shah Village Hotel, PJ...oldskool hotel & seram beb.
26. Bukit Tinggi Hotel & Resort,Colmar Tropicale, Pahang.
27. Hotel Bintang Giyawisata, Bandung.
28. The Peninsular Hotel, Kl ...jenuh nak cari tapi puashati
29. First World Hotel, Genting Highland...banyak kali dah, tak mau la
30. Genting View Resort, Genting Highland..nice view
31. Lan Lan Hotel, Ho Chi Minh City, Vietnam..dkt dgn tempat tarikan pelancong.
31. Kategori hostel : Sleepy Sam Bussorah Street, Singapura..ni aku pegi backpack.

ada lagi kot aku pun dah lupa..

Bukan kerana bilik besar atau kecil mungkin kerana kombinasi hotel dgn pelbagai tarikan seperti kombinasi tasik dan pantai buatan, tema bilik-bilik yang pelbagai seperti  bunga tanjung berkonsep rumah melayu lama, Raflesia berunsurkan Borneo dan Jasmine pula berunsur seni India dan sedikit Arabic. Bilik aku di jasmine wing. Selain itu ada kolam renang, meja pool dan  kemudahan wifi di tempat-tempat tertentu. Aku tak sempat nak ronda abis lagipun musim hujan dan tak banyak pic yg aku ambik coz aku tak nak sacrifice kamera aku kalau hujan...Malam first day kiteorg pegi main bowling dan petang hari kedua layan paintball..hujan jugak dan memang musimnye. Yang paling penting tujuan aku kesini untuk membina jatidiri..itu la tujuan asalnya. Perunding motivasi yang tidak asing lagi biasa la Datuk Hj Muhammad Fadzilah Kamsah, ini kali kedua aku jumpa dgn beliau, kali pertama di Bukit Tinggi. Motivator kedua pulak  Dr Hj Tengku Asmadi bin Tengku Muhammad, pengasas Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi  Muslim Malaysia dan cukup sinonim dengan MAP atau Motivasi Alihan Pelajar.


Cukup mengujakan..ambik masa nak maghrib



Nampak tak DSLR fag dalam tu

Konsep Arab Indian

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday 19 November 2011

0 Hari Konvokesyen Tadika Mindaku Bestari

Hari ahad baru-baru ni 13 Nov 2011 aku ke Orient Star Lumut untuk majlis konvo Fathullah. Bermula pukul 2 petang dan berakhir lewat petang. Nama majlis konvo tapi aku tak nampak Fathullah pakai jubah graduasi sekadar menari lambada.Itu je... Bayaran RM60 untuk menghadiri majlis ni tapi sekadar makan beberapa potong kek dan takde langsung majlis bergambar graduasi. Duduk pulak dalam dewan yang bersempit-sempit dgn ratusan manusia. Macam biasa ibu Fathullah mula la memberi komen kepada salah seorang staff taska dgn ayat "membunuh" sehingga terkedu dia. Memang kiteorg rasa tertipu. Tiada berselindung kalau tak puas hati... teringat aku kes Fathullah dijangkiti denggi dan hospital buat acuh tak acuh je seolah macam nyawa anak aku ni tak berharga. Maklum la aku golongan marhaen takde title kehormat, tapi silap banyak la bila aku tulis surat ke pengarah hospital bersama salinan ke pengarah kesihatan negeri dgn rujukan dari hospital swasta. Baru la nak terhegeh-hegeh buat pemeriksaan setiap minggu, ambil sampel la...ah mentaliti gov servant. Nasib baik masa kejadian aku takde sekadar dapat input dari isteri aku kalau tak dgn nama staff tu sekali aku forwad ke pengarah kesihatan negeri. Ambik kau...


Gaya gedik


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday 5 November 2011

0 Siri 4 -Vietnam

Sudah menjadi lumrah negara bekas perang sudah pasti meninggalkan banyak kesan tinggalan perang dan suka duka kehidupan rakyatnya dalam meneruskan kelangsungan hidup. Antara tempat yang menyimpan kesan perang ini adalah muzium tinggalan perang - War Remnants Museum.


Teruja nampak kapal terbang..



Chinook heli yang telah di HDR


Dibahagian dalam dipaparkan pelbagai foto berkaitan perang Vietnam dan kesan penggunaan Agen Orange oleh US dalam kempen mereka menentang Vietcong terhadap kadar kelahiran bayi pada waktu tersebut.


Kecacatan bayi akibat pencemaran dari agen orange.


oushhh..besarnye..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 Kasih Abang.

Tengok dua beradik nie main bersama memang kelakar. Adik macam tau je yang sorang nie abang dia, mula la membuli tapi abangnya tetap sabar melayan kerenah adiknya.
Tangan abang takut mata adik kena flash


Adiknya kadang2 rungsing jugak

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 Dah hampir 9 bulan..

Bila makin membesar semakin hilang rupa asal Alisya sejak lahir, makin banyak juga akalnya.


Semakin laju merangkak dan belajar memanjat pulak
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...