Thursday 24 November 2011

0 Siri 2 : Pullman Putrajaya Hotel & Resort _Terbaek

Nie pulak gambar dr balkoni bilik aku dan juga bilik air. Yang spesel pasal bilik air nie ada small window tepi tab mandi boleh buka masa korg berendam tapi yang tak best mesti ayor merocik satu bilik kalau pakai shower.Aku ada cakapkan kat hotel nie ada pantai buatan , waktu tu pulak ada grup tengah berlatih mendayung. Melintas pantai tu diseberang tasik ada Komplek Sukan Air Putrajaya.



 Belakang tu ada conference room dan diatas ada cafe terletak di Bunga Tanjung wing.


 Pemandangan waktu malam, bangunan macam pejabat pos tu la main building. Dalam tu ada lobby hotel, cafe dan pool area. Parking lot pulak underground betul-betul tepi tower clock tu ada tangga menghala ke bawah dan disitu juga ada surau.


Banyak benda yg aku belajo dari kursus ni, betapa bertuahnya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW dan lahir sebagai seorang Islam amnya. Dalam kita mengeluh dan meratap atas segala ketentuan buruk yang sering kita tidak ingini masih ada lagi sebilangan manusia yang kurang bernasib baik di luar sana. Kadang-kadang apa kita pikirkan baik untuk kita sebenarnya buruk untuk kita kerana Allah SWT itu lebih mengetahui yang terbaik untuk hambaNya. Sebagai hambaNya kita mesti sentiasa bersyukur dan redho dgn apa yg kita ada dan pada masa yg sama berusaha untuk menjadi lebih baik ataupun lebih tepat lagi Qanaah kerana :


 "Barangsiapa yang tidak bersyukur sesama manusia, sebenarnya dia tidak tahu bersyukur kepada Tuhan"
HR :Tirmidzi
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambahkan nikmatku atas kamu dan jika kamu kufur azabku amat pedih "
Surah Ibrahim :7
.
Sebenarnya kita lebih berprasangka buruk dgn manusia mahupun Allah SWT kerana kita selalu melihat sesuatu itu dari perspektif yang berbeza kerana mata manusia itu sendiri dicipta untuk melihat secara fizikal tanpa berfikir dan merenung apa yang ada dalam diri kita sendiri. 75-80% pemikiran manusia adalah dalam bentuk yang negatif.  Aku petik kata-kata cendekiawan Barat :

 "Orang yang berfikiran negatif, 10 kali ganda lebih peluang untuk mendapat sakit berbanding orang yang berfikiran positif"
Prof. B. Siegel
"Penyakit adalah makhluk yang perlukan makanan, Makanan kepada penyakit adalah pemikiran yang negatif"
Ulama Sufi.
Manusia itu sendiri terbahagi kepada 3 kategori:

Orang yang berjaya, hari ini lebih baik dari semalam.
Orang yang terpedaya, hari ini sama seperti semalam.
Orang yang celaka, hari ini lebih buruk dari semalam.

Sama-samalah kita bermuhasabah dan renung-renungkan. Apa yang kita cari di dunia ini ? Redho Allah SWT atau sekadar menyemak dimuka bumi ini tanpa memberi  manfaat kepada umat manusia sejagat. Untuk berjaya di dunia kita perlu ilmu, untuk berjaya di akhirat kita juga perlu ilmu dan untuk berjaya didunia juga akhirat mesti dgn ilmu. Kerna itu apa jua pekerjaan yang kita lakukan perlu dgn kesungguhan kerana :

" Sesungguhnya Tuhan sangat mengasihani seseorang yang apabila dia melakukan pekerjaannya, dia melakukan dgn cara yang paling baik"
Riwayat Thabrani.

Untuk mendapat pahala bukan sekadar solat, puasa, zakat dan sebagainya Islam itu luas hatta apa jua pekerjaan yang mulia dilakukan atas niat kerana Allah SWT akan diberikan ganjaran pahala. Siapa kita tidak penting yang penting status hati dan amalan kita adalah yang penting. Seperti sabda Nabi SAW :

" Didalam tubuh manusia itu adalah seketul daging jika baik daging itu maka baiklah keseluruhannya, jika buruk daging itu maka buruklah keseluruhannya, ketahuilah seketul daging itu adalah hati"
Analogi penyampaian yang mudah dan tak kering gusi.


Motivator yang tak perlu diperkenalkan lagi.

Tagline yang biasa kita dgr " Hati yang tenang datang dari jiwa yannnnngggg bersih"

Antara peserta yang hadir.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...