Wednesday 23 November 2011

1 Pullman Putrajaya Hotel & Resort _Terbaek

Aku berpeluang ke Pullman Putrajaya baru-baru ni sebab ada kursus di sana. Selama pengalaman aku tinggal di hotel dari xde bintang ke berbintang-bintang nie la hotel terbaek yg aku pernah rasa. Aku list out hotel yang pernah aku jejak atas dasar rezeki dan ketentuan dari Allah..kalau aku sendiri tak mampu la beb.
1. Concorde Hotel, Shah Alam...view Masjid Shah Alam.
2. De Palma Hotel Ampang.
3. Nikko Hotel, KL...makan dan bilik terbaik
4. Berjaya Time Square Hotel, KL...gila besor bilik dan view Penjara Pudu.
5. Melia Hotel, Kl..bese je
6. Emperor Hotel & Resort, Chiangmai..menarik la jugak
7. Grand Dorset Hotel Subang...ok la
8. Rainbow Hotel, Beijing...hotel lama
9. Pan Pacific Hotel. KL...boleh la
10 . The Royal Palace Hotel, Phuket...aku bawa durian ke bilik..ha...
11. Yokohama Bay Sheraton Hotel, Jepun...tak payah cakap la terbaik.
12. Equatorial Hotel & Resort Cameron Highland...boh plantation view
13. Bukit Merah Laketown Resort.
14. Sunway Hotel, Bandar Sunway... decoration menarik
15. The Royale Bintang Hotel, Bukit Bintang,KL
16. The Sky Hotel, Bukit Bintang,
17. The Cube Hotel,KL...bajet ciput
18. Le Meridian KL..view ke KL Sentral
19. The Garden Hotel, Midvalley KL...view memberangsangkan
20. Cititel Hotel, Midvalley KL...aku dapat bilik kecik.
21. Holiday Villa Hotel & Resort Cherating dan Subang...duduk sampai muntah hampir sebulan.
22. Istana Hotel, KL..besor juga la.
23. Grand Season Hotel, ..servis paling lembap
24 . Hotel Seri Malaysia Melaka.
25. Shah Village Hotel, PJ...oldskool hotel & seram beb.
26. Bukit Tinggi Hotel & Resort,Colmar Tropicale, Pahang.
27. Hotel Bintang Giyawisata, Bandung.
28. The Peninsular Hotel, Kl ...jenuh nak cari tapi puashati
29. First World Hotel, Genting Highland...banyak kali dah, tak mau la
30. Genting View Resort, Genting Highland..nice view
31. Lan Lan Hotel, Ho Chi Minh City, Vietnam..dkt dgn tempat tarikan pelancong.
31. Kategori hostel : Sleepy Sam Bussorah Street, Singapura..ni aku pegi backpack.

ada lagi kot aku pun dah lupa..

Bukan kerana bilik besar atau kecil mungkin kerana kombinasi hotel dgn pelbagai tarikan seperti kombinasi tasik dan pantai buatan, tema bilik-bilik yang pelbagai seperti  bunga tanjung berkonsep rumah melayu lama, Raflesia berunsurkan Borneo dan Jasmine pula berunsur seni India dan sedikit Arabic. Bilik aku di jasmine wing. Selain itu ada kolam renang, meja pool dan  kemudahan wifi di tempat-tempat tertentu. Aku tak sempat nak ronda abis lagipun musim hujan dan tak banyak pic yg aku ambik coz aku tak nak sacrifice kamera aku kalau hujan...Malam first day kiteorg pegi main bowling dan petang hari kedua layan paintball..hujan jugak dan memang musimnye. Yang paling penting tujuan aku kesini untuk membina jatidiri..itu la tujuan asalnya. Perunding motivasi yang tidak asing lagi biasa la Datuk Hj Muhammad Fadzilah Kamsah, ini kali kedua aku jumpa dgn beliau, kali pertama di Bukit Tinggi. Motivator kedua pulak  Dr Hj Tengku Asmadi bin Tengku Muhammad, pengasas Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi  Muslim Malaysia dan cukup sinonim dengan MAP atau Motivasi Alihan Pelajar.


Cukup mengujakan..ambik masa nak maghrib



Nampak tak DSLR fag dalam tu

Konsep Arab Indian

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

eja mizie said...

hotel kat pangkor....kat brunei.....kat singapore....mcm bnyk lg en.Carl tak tulis lagi

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...