Tuesday 20 December 2011

0 Entri 2 : Berakit Sg Perak.

Malam tadi janji paling lewat bertolak pukul 7.30 pg ke Empangan Kenering tapi biasa la janji ni susah nak cakap..pukul 9 baru bertolak.

Masa diberi 1 1/2 jam untuk menyiapkan rakit dan sebelum tu faktor-faktor keselamatan diberikan penerangan terlebih dahulu. Kalau membabitkan aktiviti  sukan air selalunya ada 1 slot dipanggil "Water Confident" dimana peserta diberi penerangan tindakan yang perlu dilakukan bila jatuh ke dalam air. Masa di Jeram Besu, kiteorg dikehendaki menterbalikkan bot getah dan cuba keluar masa terperangkap di bawah bot dan seorang demi seorang dikehendaki terjun ke arus deras dan berenang ke tepi mencapai lifeline. Masa ni diberitahu apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang memang expert dalam sukan air ni. Kali ni ada wakil dari Bomba dan Penyelamat Ipoh bersama beberapa orang tempatan yang mahir tentang sungai nie.Fobia tu masih ada tapi kalau tak buat jadi apa2 lagi la panik. Sebelum berlepas setiap team diberikan satu set soalan berkaitan alam sekitar dan perlu diserahkan selepas pertandingan yang membawa markah sebanyak 50%.




Bermula di Empangan Kenering dan berakhir di Lembah Lenggong.

Spesifikasi :
Nama komersial : Rakit
Bahan : 6 tiub tayar dan 8 batang buluh.
Kelajuan : Bergantung pada tangan.
Crew : 7 orang ( ada 2 orang berat dekat 90KG)
Pengalaman : Tak dok.
Rekod Pencapaian : Kali pertama.
Jarak Perjalanan : 10 KM
Harapan : Tak harap ape pun sendiri mau ingat la

Awal perjalanan memang tenang sambil menikmati keindahan Sg Perak. Cuaca hari tu memang cantik tapi cuaca cantik sungai ni tak semestinya tenang. Cabaran pun bermula.......
1. Melalui jeram yang pertama dimana paras sungai semakin cetek dah mula menampakkan batu2. Kali pertama rakit merempuh jeram aku tak sedar salah seorg team member dah terhumban ke dalam air, nampak kepala je. Kelam kabut suruh dia naik takut kaki tersangkut pada batu.
2. Melepasi 2 buah jambatan cukup mengujakan...nampak macam bese je tapi ada team yang rempuh tiang jambatan beb, terus rakit ranap siap hanyut lagi....bila macam terus disqualified la. Dalam hati :Nyesal aku join.
3. Jeram memang banyak dan ada sekali tu rakit tersangkut dan yang buat panik ada tiub yang pecah dan arus deras sambil menarik  struktur rakit. Bunyi berderak-derak buluh tu. 
4. Melalui air pusar, asalnya ingat rakit tersangkut pada dahan,jenuh dayung langsung tak bergerak sambil team lain selamba je potong kiteorg tanpa dayung pulak tu.
5. Terlepas check point tapi  berusaha untu ke tebing. Check point tu je kalau terlepas burn 30% markah.  Masa lepak kat tebing sempat tukar tiub yang bocor tadi, dalam tak sedar 2 tiub lagi bocor. Rupanya ada dahan kayu dalam air. Sambung perjalanan rakit dah jadi kapal selam, paras pinggang dah tenggelam.
6. Terpaksa menarik rakit di jeram yang cetek masa hampir sampai dan dalam kelam kabut tu, tak sedar 2 pendayung hanyut. Kiteorg pakat2 turun dari rakit masa paras sungai makin dalam dan masing jadi propellerman.
7. Sepanjang perjalanan ada beberapa buah pulau terpaksa dilepasi dan masa ni kena buat buat keputusan untuk pilih jeram atau laluan biasa. Biasanya kena pilih jeram kerana laluan biasa merupakan cabang sungai yang membawa ke haluan lain. Kalau silap memang tak sampai ke kem atau terus lepas ke Tasik Raban.

Akhirnya kiteorg berjaya tamatkan perlumbaan walaupun keadaan rakit dah nazak sangat. Korg tgk sendiri la keadaannya.
10KM yang dirasakan terlalu lama.
Sembang dan gelak mengenang cabaran yang ditempuh.

Sampai je terus ke kantin untuk isi perut. Sesi petang ada penyampaian hadiah dan majlis penutup oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, Dato Dr. Mah Hang Soon. Satu demi satu keputusan pertandingan pertandingan diumumkan sampai la untuk Juara Berakit Rakan Sekitar 2011 bila team kiteorg dinobatkan sebagai juara mengalahkan 15 pasukan lain. Beza markah dengan naib juara hanya 2 markah. 
Juara tahun lepas 2010 - Yokohama cukup tertekan mempertahankan kejuaraan.

Kiteorg menggondol piala, sijil dan hadiah utama berupa wang berjumlah RM1000. Syukur alhamdulillah dan banyak pengajaran yang aku dapat dari aktiviti ni. Betapa kerdilnya kita bila berada di lembangan Sg Perak yang luas ni apatah lagi disisi Allah SWT. 

Insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi untuk cabaran yang lebih hebat. Suatu yang tiada amat sukar untuk diadakan tapi suatu yang sudah ada lebih sukar untuk dipertahankan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...