Sunday 18 December 2011

0 Interview pulak..

Aku kembali ke Penang lagi untuk interview pulak, berada lebih sejam dalam bilik temuduga bersama 3 orang panel terasa terlalu lama. Masuk dalam 1245 dan keluar pukul 2 ptg. 15 minit pertama aku rasa macam konfiden je tapi 15 minit terakhir paling seksa. Sampai satu masa dah tak boleh blah..jawapan aku "Maaf la encik saya tak tahu"...memandai2 nanti nampak sngt aku kelentong. Apepun seronok walaupun dah banyak kali pergi interview cukup menjadikan aku lebih yakin dan bertambah pengalaman.Kegagalan tu biasa la, berjaya tu yang miracle..tgk la nanti keputusannya. Kali nie anak dan wife aku ikut skali kalau tak pun aku dok sorg je kat hotel.


Asalnya hari pertama sampai nak pegi ke Aen Jusco Bandar Perda bawa Fath tgk pameran Petrosains Dinotrek 2 tapi sampai je dah tutup lambat sket je. Badan pun dah penat. Esoknye lepas aku selesai kat JKKP, check out hotel terus ke Bandar Perda. Sebelum tu pekene nasi kandar dulu..ini agenda wajib.  Mengenang kembali saat-saat masa aku dok Penang dulu.
Banyak permainan interaktif dan info-info menarik dalam pameran nie. Kebetulan masa kiteorg masuk sedang berlangsung pertandingan mewarna untuk kanak-kank. Terus suruh Fath masuk, walaupun tak menang tapi kire puashati la jugak hasilnya berbanding budak lain yang sebaya dia.

Hadiah saguhati poster dan sticker

Rasanya binatang ni kaler hijau kot

Pelbagai permainan menarik ..tak sedar dah 2 jam

Tiket dewasa RM6, kanak-kanak bawah 4 tahun percuma

Ada bersama detail sekali

Gaya bangga..ada gambar burung yang tak macam burung

Pengalaman baru


Bermain dengan fosil
Bertolak dari Penang lewat petang, masuk je kete budak2 nie dah nak tido, singgah kejap  umah opahnye dan terus balik umah. Cuti2 kebetulan pun berakhir.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...