Tuesday 28 February 2012

2 Circumcision@Berkhatan@Bersunat : Pakar Sri Manjung

Dijadikan cerita Fathullah dimasukkan ke wad lagi kerana jangkitan kuman pada saluran kencingnya menyebabkan tersumbat. Beberapa hari sebelum jadi, dia mengadu sakit masa buang air kecil. Aku tak la menyangkakan begitu serius tapi bila dah 24 jam dia tak boleh melepaskan hajatnye malam tu jugak aku bawa ke klinik. Doktor nasihat kalau sampai esok pagi dia masih cam tu juge terus kene refer ke emergency. Esok pagi aku terus ke Klinik Ling dan dia suruh aku terus pegi ke Pakar Sri Manjung (PSM). Aku tak nak bawa dia ke Hospital Seri Manjung kerana mengenangkan mimpi ngeri dilayan macam orang asing dasar apartheid mentang2 la kita dtg ni free so layanan pun macam suam2 kuku la. Tapi xde hal la kerana aku pun bukan golongan bangsawan mahupun jutawan jauh lagi hartawan yang hendak dipuja dan ditatang...golongan marhaen menumpang di bumi Allah sampai masa kita balik. Betul la tue...kalau duit banyak buat ape nak terhegeh2 ke hospital gomen, cuma aku  nak merasa nikmat kesempatan kerana pintu hospital yang tak sampai 100 meter dari rumah lagipun pembayar cukai nak la merasa barang sesen 2. Mungkin bukan rezeki...berprasangka baik. Ok ..cukup takat tu.

Sampai je PSM terus daftar dan pada masa sama aku terus call panel bgtau mintak diorg fax GL. Tak lama pas tu ibunye pun sampai...menunggu dan menunggu..kemudian nurse panggil jumpe dgn Dr Seow. Dia tanya  bila last makan dan minum..bekpes tadi la, jadi tak boleh buat immediate operation kerana berpose at least 4 jam. Nak jadi cerita dia pun ada major operation tengahari tu so kena tunggu lagi. Sebelum tu kena  X ray dulu kemudian masuk ke wad....
Dalam tak sedar hari pun menginjak petang, auntie katil sebelah yang terlebih dahulu kena masuk ke OT pun dah keluar, dgr cerita kena kanser tapi tak boleh buat kena anto ke Ipoh. Fath pada masa ni  seronok lagi tak tahu apa yang bakal dia tempuh tapi makin lama dia pun dah rasa suspen. Ibu pun pujuk la cerita itu ini...
Muka takut

Masih belum paham seronok juga le..tangan dah berbalut.
Sekali lagi aku kena sain surat "lepas tangan". 

Masuk ke OT aku pujuk Fath, layan dia bersembang dan pada masa sama dibius tak lama kemudian pengsan....Doktor mintak aku keluar dan tunggu di wad. Hampir sejam jugak menunggu kerana doktor terpaksa pam keluar air kencing dari pundi kencing masa dia pengsan kalau tak dia meronta lagi la payah.
Aku dengar Fath menangis tak hingat dan nurse pun panggil kiteorg. Dia masih dalam keadaan mamai ditambah pulak kesakitan yang makin terasa macam2 la ayat2 puitis dari mulutnye keluar. Terlalu lama menangis dia pun tertido dan dek kerana kepandaian ibunye memujuk agaknye.
Bangkit je tido Fath menuntut janji2 manis yang dimintanya sebelum nie. Bagi je le asal boleh senyap kejap.


Ubat penenang

Masa layan kartun je...makan dan tido.
 Dia paling tak suka masa makan..terasa payah sangat kalau bab makan, jenuh paksa. Ubat penenang tetap ada kat dalam tray makanan tue.

Tiap2 hari lepas bekpes doktor akan datang melawat..tanya lebih kurang tapi yang aku jadi konpius 2nd day takde bekpes tapi ye la...macam2 hal. Masa kencing paling seksa, dia masih  fobia jadi sanggup tahan  kencing sampai doktor pun jadi pelik padahal dia memang nak kencing. Hampir tengahari hari ke2 Fath dah mula kencing walaupun bermandi air mata.

"Burung" yang telah diawet

Meja katil yang berselimut ditutup untuk menutup burung..ye la takut terbang. Masih baru takut terluka pulak.
 Hari ke 3, doktor datang melawat pagi tu dan petangnya dia bagitau boleh  balik dalam selepas bil siap. Doktor mintak Fath banyakkan berjalan untuk biasakan diri dgn keadaan dia. Aku pun bawak le dia pusing2 area tu..bertegur sapa dgn nurse dan sembang lebih kurang.


Macam tau je letak lukisan ni dalam bilik wad.
 Ni la rupa muka pagi dan petang selepas doktor bagitau boleh balik. Aku pun bosan jugak dok lama2 kat sini. Sebab dah cover bawah panel jadi aku kena bayar RM 120 untuk tambahan harga bilik.

Tangan kiri atas kepala = Sakit. Tangan kanan atas kepala = hoooray balik.

Menunggu bil siap..senyum lebor.
Cerita tunggu bil nak kata lawak pun ada juga, kiteorg ingat staf hospital siapkan bil untuk kiteorg jadi tunggu la punya lama dan pada masa sama diorg pun pelik pasal apa kami di dok kat tepi kaunter tu. Padahal sebelum tu ada sorg lagi staf mintak diorg siapkan bil so boleh le kiteorg balik. Aduh...macam bese..macam2 hal. Harap atas harap tapi tak tau kat sape yang boleh diharap.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

Unknown said...

Hi, boleh saya tahu kos untuk semua, terima kasih banyak

Unknown said...

Boleh ke lelaki dewasa yg berkhatan dan berapa kos nya

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...