Hari kedua di Vietnam sememangnye membuka lembaran baru tentang pengalaman yg tak dapat diperolehi dimana-mana melainkan kite sendiri melaluinye. Lepas sarapan dalam bilik je bersama dgn roti walaupun telah diyakinkan oleh tourist guide tahap keHALALnya tapi aku lebih suka mengambil langkah berhati-hati untuk lebih keyakinan. Pengalaman di Chiangmai, 2010 sudah cukup mengajar aku betapa lebih baik kita membawa makanan sendiri daripada sarapan pagi hotel. Masa aku ke Jepun dulu pun aku bawa bekal serunding begitu juga masa aku ke Beijing,China. Melainkan kalau dah dibawa ke restoran Muslim baru la keraguan tu hilang dgn sendirinya. Perjalanan pagi tue dijadualkan bermula seawal 7.30 pagi kerana kami akan dibawa ke Cu Chi Tunnel. Terpaksa keluar awal untuk mengelak tersangkut dalam kesesakan pagi. dan tempoh perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam.
"Keserabutan" yang kurang dahsyat berbanding apa yg aku lihat di Beijing. |
0 comments:
Post a Comment