Sunday, 9 October 2011

0 Back Dated Entry: Aidilfitri 2011

Tema untuk yang tua kelabu, muda pulak biru.
Memang dah terlambat tapi lebih baik dari langsung tak de. Warna-warna Hari Raya 2011.
Tahun pertama beraya.

Pergi beraya di rumah Mummy dapat pulak main Ipad kejap.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, 24 September 2011

0 Siri 2 - Vietnam

Hari kedua di Vietnam sememangnye membuka lembaran baru tentang pengalaman yg tak dapat diperolehi dimana-mana melainkan kite sendiri melaluinye. Lepas sarapan dalam bilik je bersama dgn roti walaupun telah diyakinkan oleh tourist guide tahap keHALALnya tapi aku lebih suka mengambil langkah berhati-hati untuk lebih keyakinan. Pengalaman di Chiangmai, 2010 sudah cukup mengajar aku betapa lebih baik kita membawa makanan sendiri daripada sarapan pagi hotel. Masa aku ke Jepun dulu pun aku bawa bekal serunding begitu juga masa aku ke Beijing,China. Melainkan kalau dah dibawa ke restoran Muslim baru la keraguan tu hilang dgn sendirinya. Perjalanan pagi tue dijadualkan bermula seawal  7.30 pagi kerana kami akan dibawa ke Cu Chi Tunnel. Terpaksa keluar awal untuk mengelak tersangkut dalam kesesakan pagi. dan tempoh perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam.
"Keserabutan" yang kurang dahsyat berbanding apa yg aku lihat di Beijing.

Motosikal pengangkutan utama di sini.
Jangkaan aku meleset apabila kami tersangkut dalam kesesakan jalan di HCMC nie. Melancong dalam group besar nie biasa la ada macam kerenah...yang lambat tue adat la.Aku kongsikan warna-warna kehidupan masyarakat Vietnam dalam kesesakan pagi.









Terlalu lama menggu dalam bas dan takde keje lain Fath le jadi model aku.  Dia pun pandai pulak melayan.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 Catatan Perjalanan Siri 1 - Vietnam

Dah terlalu lama aku tak update blog, mungkin semangat agak luntur dek kesibukan sejak akhir-akhir nie. Baru-baru nie pun Fathullah terpaksa dimasukkan kke Hospital Pantai kerana keracunan makanan. Lab test result mengesahkan terdapat jangkitan Rotavirus menyebabkan muntah dan cirit birit berlarutan. Terpaksa la duduk 3H2M di wad menjaganya, ibunya pulak jaga Alisya.
Aku terus menambahkan koleksi perjalanan ke Vietnam bersama isteriku dan Fathullah, Alisya terpaksa ditinggalkan bersama dgn neneknya. Perjalanan bermula 7 Julai 2011 melalui penerbangan MAS MH766 pada pukul 5.50 ptg dan dijangka sampai 6.45 ptg waktu Malaysia.Ini pengalaman kedua aku dgn MAS selain KLM, China Airline, Firefly dan semestinya la dgn AirAsia. Dalam tempoh menunggu flight sempat la jugak aku belikan minyak wangi untuk isteriku. Bukan selalu ye tak.. kalau selalu tak dapat la..Dalam flight sempat la jugak Fathullah mengisi perut yang sememangnye lapar kerana terlalu lama menuggu.
 Kiteorg sampai di Tan Son Nhat International Airport,Ho Chi Minh dalam pukul 7.45 mlm waktu tempatan. Aku sempat la lena kejap dalam flight. Selesai je urusan imigresen tour guide kiteorg terus je bawa pegi makan. Seperti yang aku jangka dan informasi yg aku dapat imigresen diorg ni memang kurang mesra sket, maklumla negara bekas perang, sejarah hitam lalu agak sukar dipadamkam. Perasaan curiga pada org luar masih menebal dan itulah yang sepatutnye dilakukan. Sehingga ada cerita dari tourist guide,pada suatu ketika dia membawa sahabatnya yg berbangsa Eropah ke rumahnya dan suatu insiden berlaku apabila datuknye membawa pedang panjang untuk memancung kepala sahabatnya. Pada mereka mereka yg berkulit putih adalah sama tidak kira warganegara apa padahal yg menjajah mereka adalah Amerika. Tanggapan ini masih menebal pada golongan veteran perang Vietnam dan tidak pada golongan muda Vietnam yg lebih terbuka.
Ketibaan kami disambut hujan renyai-renyai


 Lepas je makan terus je check in hotel terletak di 46, Thu Khoa Huan Street, District 1, Saigon. Kedudukan agak strategik kerana berada hampir dgn tempat tarikan pelancong.
Lan Lan Hotel tempat menginap.

Sebelahnya ada hotel jugak

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, 17 July 2011

2 Review Buku : 101 Rekreasi Hati

Nak kongsi dgn korg satu buku yg aku jumpe bagus untuk bacaan di waktu senggang. Tajuknye 101 Rekreasi Hati. Berkonsepkan  karikatur humor tentang hadis-hadis nabi. Disampaikan dalam bentuk cukup mudah difahami. Hasil tulisan Dr Zahazan Mohamad dan Nik Wafdi Nik Jaafar, terbitan Telaga Biru. Selamat membeli...nak pinjam kat aku tak boleh, aku pun pinjam kat orang..




Antara hadis yang popular


Terpedaya dgn nikmat : Wang, wanita, harta dan  ... kapal selam.eh .nikmat juga ke. Oooo..nikmat komisen.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, 4 July 2011

2 Hari Guru 2011



Sejak dah terjebak dgn hobi baru nie, aku sedikit obses dgn fotografi tapi tak le sampai makan,tido n b_***k  peluk  kamera. Hari Guru ari tue kawan aku, Cikgu Mior,PPD mintak aku tolong dia ambik gambo sempena hari guru peringkat daerah. Walaupun penat lps keje shift malam aku turutkan juga coz dia pun boss wife aku. Tak nak hampakan kawan-kawan. Yang paling best aku dpt jmpe ex-guru-guru yang mengajar aku dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah & kemudian kwn-kwn masa aku jadi cikgu dulu. Jgn tak tau aku penah jadi cikgu..kejap je tp cukup mematangkan aku. Maksud aku pengalaman tak bleh di beli dgn wang ringgit.
Amirite ?.
Persembahan dari guru dan murid




Nie paling eksklusif coz yg berbaju hijau dlm gambo kat bwh merupakan guru aku mase sek rendah. Aku paling  ingat dia & dia pun paling ingat aku walaupun dah hampir 18 tahun tak jmpe. Fist time jmpe dia x ambik mase yang lama utk recall balik memori bersama dgn. Nape ?..Ye la, aku bukan la budak baik sngt setakat masuk bilik guru besor kena tazkirah dan kena "tibai"..bukan2.. sebenornya "bertibai2" perkara bese.Balik rumah kena lagi,.. tak mcm budak skrg kena kat sekolah, balik umah parent dtg "ambush" cikgu. Sebab tu la aku jadi orang kalau tak lagi baik la aku. Nama dia Hj Noh Bin Ahmad.




Sahabat aku sewaktu jadi cikgu dulu, En Salleh. Tahniah

Pemain bass pada hari tue, Mr .Hairi





Baru-baru nie cikgu aku mase sekolah rendah telah kembali kerahmatullah. Sempat la aku menghadiri majlis pengkebumian dan jumpe anak-anak dia. Harap korg dapat sedekahkan alfatihah buat Allahyarhamah Cikgu Mahawi, cikgu bahasa inggeris aku. Moga rohnye ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

AL-FATIHAH
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, 2 July 2011

0 Pepatah ada bagitau : Orang memberi,...orang lain tak merasa, kami makan saja....

2011
Dalam tak sedar dah masuk tahun ke 5 usia perkahwinan kami. Tahun ni  spesel sket coz ada org bagi  anniversary gift. Bukan rakan realiti tapi rakan maya. Silaturrahim yg terbina mengeratkan lagi persahabatan ini. Terima kasih  kepada  Kak Fatan, moga dimurahkan rezeki dan sentiasa dlm rahmat Allah SWT.

Packaging mmg terbaek.

2010
Persamaan antara gambo atas dan bawah : Fathullah nampak sangat tak sabar nak makan.Aku paling suka gambo nie coz nie tahun ke 4 anniversary kiteorg. Takde org support kek tu...beli sendiri beb. Tahun ni, alhamdulillah.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, 1 July 2011

0 Bertuahnye badan

Ni rupa budak yg baru 4 bulan dah ada paspot. Aku nak menjangkau angka 30 baru ada. Terpaksa la ibunye pegang masa ambik gambor tu nampak sket tgn ibunye yg comel...
Sempena nak "gotong-royomg" 9 Julai nie.Nampak lawa pulak kaler kuning.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...